Wednesday, June 23, 2010

Hidup Luar Biasa

Ramai yang ingin Hidup luar biasa,
Bukan Sekadar hidup Biasa - biasa...
Ramai yang paham dan ramai yang terasa,
Ada kah anda terasa?

Pendapat saya agak berbeza,
Hidup kita memamg tak serupa,
Memamg wajib kita berusaha,
Kalau tak kaya pun dapat jugak pahala…

Hakikat hidup sekali sahaja..
Mati kan tiba bila – bila masa saja,
Orang berusaha kita masih bersahaja
Ramai dah berjaya, tapi kita sama saja..

Orang miskin kurang kawan
Orang kaya ramai kawan
Bila nak kaya cari kawan
Bila dah berjaya yang kaya je kawan...

Masa dulu lebih kurang
Masa sekarang kurang lebih
Masa susah bagi mak kurang
Masa senang bagi mak lebih

Kerana nak kaya, ramai yang hilang harta
Bukankah ahli bijaksana ada berkata
Berfikirlah seketika apalah kiranya
Mampu ubah segala – galanya.

Hidup ini mesti lah bermatlamat
Barulah hidup kita akan selamat
Kalau sekadar nak hidup smart
Last – last semua gamat…

Sekadar luahan hati
Bukan berpantun atau puisi
Hendak bermadah sememangnya tak reti
Kalau anda ada pendapat, boleh lah berkongsi

No comments:

Post a Comment