Wednesday, November 16, 2011

Remaja Islam

Iman yg Teguh, Perlu Jiwa yg utuh,
Hati yg Cekal, Insyallah jd Bekal.
Cita2 mu Surga, Jagalah Keluarga,
Semua Perlu Ilmu, Pasti Ada jalan bg mu..

Taubat ada lah Jalan,
Jgn terlalu Buas
Perlu jaga Amalan
Pintu Taubat Terbuka Luas

Friday, November 4, 2011

MeRaNa

Mengenal Diri Melalui Puisi
Lemas Hilang DiMakan Ombak
Tiada Sabar Pulang keSisi
Dikampung Menunggu Penuh Sebak

Cinta Ibu Cinta Sejati
Cinta Ayah Cukup Bermakna
Balik Raya Berhati-Hati
Agar Tiada Jiwa Merana

Selamat Hari Raya

Hidup Umpama Teka Teki
Hanya Berkisah Sekadar Janji
Hidup Riang Murah Rezeki
Hanya Bijak akan Dipuji

Indah Pekerti Miskin Mahupun Kaya
Semua Kerja Mulia Walaupun Pengutip Tin
Dari PruBSN Takaful; Selamat Hari Raya
Untuk Semua; Maaf Zahir & Batin

Friday, October 28, 2011

Kanta Seni

Cermin Hidup dalam Diri
Tunduk Tanda Setia Sejati
Dongak Tanda Sedang Mencari
Kiasan Budi Berbeza Hati

Tiada Susah Mengukir Janji
Apa Lagi menguntum Puji
Langsung Sedar Perlu Dikaji
Maju Selangkah Akan Terpuji (insyallah)

Cukup Disini

Dulu Cari Sebab utk bersama
Sekelip Mata bagai Tiada Apa
Begitu Saja Delete yang Lama
Hati disimpan selindung Rupa

Pendam Rasa selindung Zahir
Bagai Diri tampak Berakal
Tiada lah yang lain paham Lahir
Harap empunya Diri masih cekal

Wednesday, October 26, 2011

Afundi

Pru Tiga Belas
Antara yang Kelas
Semua Saling Berbalas
Kata BN tiada Istilah Malas
Kata PKR bukan setakat Galas
Apa kata Anda cukup Basuh atau Bilas

Darah

Mengimbau Erti Perjuangan
Menyelak Bikisan Sejarah
Mengukir Suatu Kenangan
Menilai Titisan Darah

Penantian

Setiap Kali mengenang kehidupan
Jangan sesekali lupa kematian
Setiap Saat semmgnya selangkah kedepan
Jangan sesekali biar ia suatu Penantian

Tuesday, October 18, 2011

CariGold

Jom pakat2 Menyokong & Memberi
Membelai pada Insan yg Selari
Satu Tiang belum pasti dpt Berdikari
Tp nak cukup kan 4 tiang perlukan Hari
Mgkin tempat ni Kau akan Berseri
Salah Silap cepat2 selesaikan jgn pulak Lari

Note: Ni Bukan sekadar pendapat jauh sekali Nasihat

Tuesday, September 27, 2011

Manis Vs Derita

Gula2 Hidup Perlu Dicerca
Manis Tiada Ditipu Masa
Gigi Rosak Cari Punca
Abis Seksa Berani Rasa

Belum Pasti

Hanya Pada Yang Mengerti
Tiada Istilah Luahan Hati
Sikit pun Tidak Pinta Simpati
Walau bukan skrg mgkin Nanti

Nanti itu Bila?
Rezeki atau Bala
Jika Hari ini kita Mula
Pasti Esok akan Terbela

Monday, September 5, 2011

Pusat

Kias Pagi Mencari Sifat
Kias Petang Mencari Adat
Kias Malam Jgn Sesat
Kias Diri Sempurna Cacat

Wednesday, August 24, 2011

Raya 2011

Raya.. Raya.. Raya.....
Tiada Istilah Miskin Atau Kaya...
Semuanya Nampak Bergaya...
Cukup Puasa Tanda Anda Berjaya..

Thursday, August 11, 2011

Tiada Terasa

Sj nak berkongsi Rasa
Tiada dicoret utk Memaksa
Jauh menunjuk Diri Perkasa
Saya Juga Insan Biasa...

Saturday, July 16, 2011

Tunggu

Hati Tergugat mmg Terganggu
Mudik ke hulu dgn sampan
Siang Malam Sabar Menunggu
Cuba Bertanya Sampai kapan?

Thursday, July 14, 2011

Ilmu Semata

Tersedar dari lintasan Lamunan
Kanan kiri mencari Petunjuk
Melangkah longlai mencari cahaya
Melihat Cermin tampak bayang
Yang tinggal kini hanya Simpanan
Jgn suka saling Tunjuk Menunjuk
Ilmu Dunia buat kau Bergaya
Ilmu Akhirat x cukup sekadar Sembahyang.

Indahnya Teguran

Berbicara Damai Banyak Batasan
Berbicara Hati Banyak Pujian
Bersuara tersurat jadi Alasan
Bersuara tersirat jadi Gurauan

Tuesday, July 5, 2011

Kiasan

Banyak Dalih Dari Membantah
Banyak Ajuk Dari Turut
Bila Kau cuma Perintah
Bukan Dpt hasil Tp Mengarut

Hakikat Diri

Berlalu Sudah sebuah Impian
Hanya Menunggu Satu Harapan
Klau Dulu Hanya Beban
Detik Penentu Suatu Kejayaan

Tiada Kata Secantik Bahasa
Tiada Hati Sedebu Suci
Tiada Nilai Suatu Rasa
Tiada Murni Dengan Membenci

Bukan Kekunang tapi kekatu
Tiada Gelama cukup Siakap
Bukan membantah untuk Bersatu
Tambah Muafakat lebih Lengkap

Tuesday, June 28, 2011

Sama Tidak Serupa

Sekali Pandang Sama
Dua kali Pandang Tiada Berbeza
Tiga Kali Pandang Tidak Ketara
Rupanya Hanya Permainan Mata

Bahaya..

Sekali Kau Melarang
Sesaat Aku Melayang
Bermula Main layang-layang
Sekarang Dah Dapat Tgk Wayang

Kendiri

Sejenak Aku Berdiri
Setahun Aku Berlari
Kalau Dulu Kau Sendiri
Kini Masa Kau Berdikari

Kaya

Sedetik Berfikir
Sejam Bergaya
Jika Sekarang Fakir
Esok Mungkin Kaya

Bumper Car

Tebing Dilanggar Kereta Terbalik
Abis Semua Laluan Sesak
Kereta Terbakar Semuanya Lari
SalahKah Arang Muka DiCalik?
SalahKah Nila, Susu Rosak?
Bukankah Salah Diri Sendiri?

Lengkap

Nampak Musuh Hendak DiTangkap
Sedangkan Tiada DiPasang Perangkap
Menyanjung Adab Mengawal Sikap
Jaga Iman Dianggap Lengkap

Cinta

Mencari Sebab untuk BerSama
Tiada Sebab Untuk Sengkata
Berpisah Sekejap Terasa Lama
Itu lah Tanda Powernya Cinta

SauDaRa

Mencari Ubat Bertemu Kera
Bertemu Kera DiTepi Bukit
Jgn Dibuang Anak dan Saudara
Jgn Pulak Dicari Dikala Sakit

Egois

Meninggi Suara
Mendabik Dada
Sebatang Kara
Ego Tiada

Sengsara

Detik Sengsara
Kiasan Sebatang Kara
Menepis Segala Bicara
Menggundang Duka Lara

Sunday, June 26, 2011

Tadah

Aku Kekeringan Idea
Ku Cuba Sedaya Upaya
Mencari Isu2 Semasa
Sesiapa Mau, Boleh berkongsi Rasa..

Bukan langsung Tiada
Cuma x Mau Sama
Semuanya Perlu Masa
Yang Penting Makna

Menjawabnya lebih Mudah
Kerna belum ada Penyudah
Perlu masa untuk Dedah
Sebelum Ia di Bedah

Saturday, June 25, 2011

Suatu Keputusan

Tak kn Tutup kompani kau Tiada
Tak pula Rugi kau kesana
Janji Ingat Kami dimana kau berada
Ilmu yang dicurah amat bermakna

Thursday, June 23, 2011

Cari Pasal

Semuanya Pembakar Semangat Jatidiri...
Bukankah yang Salah Empunya Diri...
Bukanlah Salah Saudara mahupun Saudari,
Sama Duduk Sama Berdiri
Lu Jawab Lah Sendiri (Versi Nabil)

Kurus

Bahana Melawan Arus
Bengkang Bengkok Nampak Lurus
Hidup Pasti Tak Terurus
Dulu Berisi Skrg Jadi Kurus

Mata & Kata-kata

Mata Adalah Senjata
Jgn pandang Semata-mata
Kau Bisa Jadi Buta
Bukan Setakat Harta
Parah Lagi Hilang Tahta
...
Bahaya Lagi Kata - kata
Nak Pulak Bila Berdusta
Bila Kaca diungkap Permata
Rosak segala Cinta

Suka Ria, Duka Lara

Memang Suka Buat Org Bara
Sekadar Alasan Nak Bersara
Jgn nanti pencen org lain Yg Sara
Kau jugak yang Duka Lara

Wednesday, June 22, 2011

Pilihan

Menepis Tanpa Menoleh
Semua Perkara Suka Berdalih
Itu Bukan Tanpa Org Yang Soleh
Itu semua anda yang Pilih

Sia - Sia

Kalau Diri Masih Muda
Jgn Org Tua DiperKuda
Kalau Diri dah BerUsia
Pasti Kau Tau erti Sia-Sia

Bukan Sekadar Surat

Hanya Kerana Diri Masih Sihat
Ada Hati Nak Mengurat
Ramai Terlupa Menulis Wasiat
Walau sekadar Sepucuk Surat

Tuesday, June 21, 2011

SegalaNya

Ingat Segala KeranaNya
Jgn Sekali MelampauiNya
Ingat Segala DiketahuaiNya
Jgn Lupa JanjiTemu DgnNya

Syaitan Bukan MusuhNya
Ia Juga Makhluk CiptaanNya
Klau kita Pilih Jauh DariNya
Apakah Kita Sedia BalasanNya

Monday, June 20, 2011

Makan Suap

Aku cuba Setia
Namun ada pulak cuma bergaya
Kami sentiasa siap sedia
Kau Sorok2, tunjuk Kaya

Engkau Hampir Bersara
Perlukah kami Gembira
Rakyat pulak Sengsara
Jangan Sampai Keluargamu juga Bara

Berhemah

Muka didongak bila bersuara 
Menunduk bila bersalah 
Berhemah bila berbicara 
Mengundur bukan Tanda Kalah....

Pulau

Sekali kau melenting
Seabad kau dipulau
Sekali kau kata x penting
Sendiri kau terpulau

Malu

Selangkah Kau berlalu
Seribu yang Mendatang
Sezarah Sifat Malu
Selamat segala Pantang

Banci

Berbicara Pasal Cinta
Kau lupa Makna Duka
Berbicara Pasal Derita
Kau kenang hanya Luka

...Berbicara Soal Hati
Berlalu pergi Soal Benci
Berbicara Soal Mati
Bekalan x pulak di banci

Ada Berani?

Bila Menunding tepat ke Muka
Hanya kerana terpias Duka
Bila Berpaling Lupa Sengsara
Mencari Isu untuk Bicara

...Hanya terdengar Guruh disangka Hujan akan Lebat
Hanya selisih pendapat semua ingin berdebat
PastiKah semua bukti tepat
Pesan org Tua; Berani biarlah bertempat...

Salah Siapa

Kita selalu meneka siapa bicara
Akikatnya lupa siapa punya angkara
Kita tepis pelbagai cara
Penyelesaian kene bergaya

Mana Pilihan Mu

Jika kau pilih kejayaan
kau akan hampir kekecewaan
Jika kau pilih kekecewaan
kau akan hampir kejayaan

Summary Insurance

Sape2 nak saya buat summary untuk Polisi Insurans lama or dah beli...
Just angkat tangan (10thn lg dpt result)
Tp, klau call sekarang dan set appointment.
Insyallah anda x kan kecewa lepas 10thn lagi..

Kongsi Cerita

Tidak Salah berkongsi cerita
Perlu kene pada Masa
Tidak Wajar memendam Rasa
Diri sendiri juga akan derita

Rezeki (Di Dunia / Akhirat)

REZEKI setiap org Isyallah Berbeza
Bergantung pada Cara dan Usaha
Tawakal suatu pilihan org Berjaya
Cuma perlu Niat sebagai Kekuda
Bukan sekadar berjaya di Dunia
Akhirat adalah penentu segala

Bakal Pengantin

Bertahun Doa mu di atas sejadah
Alhamdulillah hampir termakbul sudah
Kini membilang hari mengharapkan agar di permudah
Insyallah kami doakan bahagia sampai kesudah...

Berseri2 pengantin lelaki
Siang malam mencuci daki
Bukan susah nak jadi suami
Cuma kene pandai jaga hati Isteri

BERSAMA sebelum & selepas kahwin mmg BERBEZA
SEHATI sebelum & selepas kahwin mmg susah untuk MENGERTI
MERAJUK sebelum & selepas kahwin mmg berlainan untuk PUJUK

Wednesday, May 18, 2011

DMAIC

D - Define
M - Measure
A - Analyze
I - Improve
C - Control

Sejati

Sebagai kawan aku cuba berbakti,
Dengar dulu, kau tak kan rugi
Mengapa semua Lari
Aku ungkap bukan sekadar Janji
Lainlah klau kau kenal aku baru sehari
Sori lah klau kisah silam buat kau sangsi
Bila Tiba masa nya kau akan mengerti
Bersuara biarlah dari Hati
Komisen hanyalah Saguhati
Jauh sekali untuk pinta simpati
Buat keputusan untuk diri dan keluarga sendiri.

Tuesday, April 19, 2011

Komen dari FB

~NaSiHaT BeRGuNa @ PeRiNGaTaN~
.by Nurliana Samsudin on Friday, 15 April 2011 at 01:03


Ku cuba menghayati setiap ayat
Bagai ia sudah tersurat
Klau mmg Cik yang Buat
We all nak tau pe yang tersirat..

Bukan maksud yang kami harap
Bukan juga maksud disebalik ayat
Berdiri, bangun, duduk meniarap
Betul ke Cik yang Buat...

Tersusun indah bagai di ukir
Melereng bagai garis berjajar
Bukan semata nak tunjuk musykir
Diri ini juga masih belajar

Dusta Dunia

Jika Hati terdetik Dusta
Pasti jiwamu ada tak kena
Bila mulutmu melontar kata
Jua diri tempias hina

Jika hati selalu dipuja
Banyak benda tersalah makna
Hingga diri dianggap Raja
Tunggu masa kau akan merana

Amankah diri bila bersederhana
Hingga berlakar dengan rasa
Rancanglah diri hendak kemana
Baru lah berjaya didunia, akhirat perkasa.

Merlin s1e2

Walau musuh agak kuat
Serangan pula sungguh dahsyat
Semua terjadi pasti ending selamat
Kini Kuasa Merlin bertambah hebat

Walau cerita berputar belit
Buatkan ia bertambah unik
Terkadang tersirat jugak terselit
Biasanya Merlin je terlebih panik

Bagai tersepit di angkasa
Alam magic dan alam nyata
Tapi bagai boleh dirasa
Hanya berkisah dalam cerita

Morgana mmg pandai memedam rasa
Morgause rancang pelbagai angkara
Pengarah saja menunggu masa
Kita penonton saling berkira

................................

Monday, April 18, 2011

Merlin s1e1

Dahulu kala di sebuah Desa
Dihujung denai tinggal sorg permuda
Tampak usang berhati mulia
Berbadan kering tiadalah perkasa
Nampak biasa kuasa pendam didada

Dihantar ibu berkerja diistana
Gaius hanya sebagai perantara
Mula belajar kawal kuasa
Tempat mengadu hanya naga

Merlin nama ditempa
Arthur putera perlu dijaga
Gwen rakan sekerja
Morgana juga anak raja

Semua berkisah dalam istana
Kadang kala tersasar dihutan belantara
Arthur selalu terbela
Merlin selalu terseksa

Selalu senyum menutup rahsia
klau terdedah diri binasa
Gaius berpesan belum masa
keadaan selalu memaksa

Berlalu sudah musim satu, Dua dan Tiga
Musim empat entah dimana
Ramai hampir gila
walau sekadar sebuah cerita....

Tuesday, April 12, 2011

Harapan Dan Impian

Sebuah Harapan
Memerlukan Kehidupan
kehidupan yang byk rintangan
bermula dari kurang sokongan

Sokongan yang utuh
Membuat kita kukuh
Pasti tidak runtuh
apatah lg untuk roboh

Sebuah Impian,
Hanya perlu kepercayaan,
Impian sebenar, pasti byk dugaan,
Yang paling susah kerna ada Godaan.

Semua itu hanya itu hanya permulaan,
Jika kau impikan kemewahan,
Bersyukur lah dengan kesenangan,
Jiwa mu pasti lebih tenang, jika kau pilih kesederhanaan.

Untuk Semua Ahli2 politik..

Maaf Jika Berkasar Bahasa
Tidak Semua Janji dapat Dikota
Tapi Jangan Sesekali berjanji jika sekadar berdusta
Jika Niat mu Mulia
Walau Kalah, Tetap ada Pahala
Jika Menang , Janji jangan dilupa...

Walau banyak kene belanja
At least jgn sampai di Cop Pemimpan Mudah Lupa
Kaji Sebelum berjanji
Bukan dah berjanji baru nak kaji

Aku Cleaner, sekadar tau cuci dan dicuci
dan bukan keji dan dikeji...
dan bukan juga balachi......

Agak ngeri... Baca sendiri

Lewat malam hatiku sunyi
Perut ku berbunyi
Kaki ku terkunci
Aku hanya mampu bernyanyi

Aku kuat kan diri
Cuba berdiri
aku masih mencari
Sepeket maggie kari.

Walaupun hanya Semangkuk maggie kari
Aku bangga kerna berjaya masak sendiri
Bukan senang nak masak sambil berdiri
Aduh.. air panas terkene jari..

Jika Kau pikir dgn petik Jari
Semua boleh Jadi
itu akan rugikan diri sendiri
Cuba lah berdikari

Alas bukan Alasan

Tanpa usaha kita dianggap malas
Tiada beban yg perlu digalas
Bukankh sesuatu yg indah itu perlu dialas
Semua itu akan lebih indah jika ikhlas..

Teka teki.. Insurans Lagi

Hidup Umpama Teka Teki
Alasan Hidup Untuk yang Tidak Mengerti
Ramai yang suka berjudi
Semua perkara bukan dari hati
Jawapan pasti tidak hakiki...

Bila nak cerita Mati
semua cepat2 tolak tepi
Bila kami tanya insurans diri
semua buat x reti

Bila dah terkena kat diri sendiri
Kami jugak yang dicari...
Bukan sekadar nak promote insurans kami
Sekadar ingin jadi kawan Sejati...
dan jugak ingin berbakti..
Komisen tu mmg kami x nafi
kami bukan cuma Goyang kaki
Insyallah KAMI kan kota semua Janji...
Qadak & Qadar tentuan Illahi

Kau Punyai Apa?

Jika kau punya Impian
Kau kan punya masa depan
Jika kau merasa ia hanyalah mimpi
Sedar atau tidak kini kau lebih baik dari yang kau impi
Jika impian mu belum menjadi kenyataan
insaflah sesuatu yang baik pasti banyak dugaan
Jika kau merasa usaha mu dihujung jalan mati
Lupakah kau Doa itu pembuka jalan dan ubati bagi Hati

Jas NurSyahirah

Kau Umpama segunung Permata
Putih Jernih Hati naluri mu
Apakan daya Umi N Abah jauh dimata
Nasib baik Tok maa n Tok Ayah dpt jaga mu tanpa jemu

Bergurau kasor...

Mmg salah klau blajar ilmu tanpa Gulu (pronoun lain sikit - guru)
Malah ramai pulak percayakan Azimat
Jgn buat org sampai berbulu
kat dunia x aman, apatah lg dihari kiamat...

Hidup mau senang
Umur mau panjang,
Klau semua mau menang,
Siapa lak nanti kau nak terajang...

(untuk kaki kencing)
aku kaki pancing... SORI.. Just IkLAN

Jangan Bermain Api (elektrik) .. Nanti bill api NAIK..

Semua org mau jd pendita
dah sesat pun, masih malu bertanya
Banyak alasan untuk bercinta
tp, INGAT.. diri tu dah berpunya

Klau diri x cukup bergaya
Jgn lah perasan nak jd buaya
lg2 lah klau x kaya
Jgn Smpai pasangan hilang percaya

Boleh ke PerCAYA..

Insurans perlu setiap RAYA
semua org nampak berGAYA
klau claim dpt Anda KAYA
klau x dpt jgn salahkan SAYA *(mgkin ada suatu yg x kene)

Dapat sorg x lh smpai kaya
boleh lah makan selain roti kaya
tp klau ramai yg support saya
insyallah terjaga hak anda, itu lh janji saya...

Siapa Icon mu?

Jika icon kebebasan mu adalah burung..
Bebas mu kerna x terkurung..

Jika pilihan mu Burung layang2...
Harta mu adalah sarang,
Berada disarang, masa mu terbuang,
Bunyi mu Bising, sarang disayang.

Jika pilihan mu belatuk...
Kau kn selalu diketuk
susah nak buat pilihan
byk Dugaan dan ujian...

Seseorg yang Jauh Dimata tp sentiasa dihati

Untuk Isteri Tercinta
Syg adalah Pagi dan juga Senja
Walaupun jauh di mata
Tiada lg tempat abg nak bermanja

Jangan Syg risau Abg dimana
Cinta Abg hanya Untuk Dinda
Bukan Setakat syg, abg juga merana
terkadang terlampau indu.. abg order je Kopi Janda...
(Bukan Nak menggoda, sekadar nak b"niaga).. huhuhuh..

Antara ketawa, cantik dan bayang2

Selalu ketawa sakit jiwa
kurang ketawa pendek usia
hati gembira siapa sangka
muka je masam, tp hati gembira

Tiada kata secantik Bahasa
Tiada peribadi secantik Rasullulah
Salah n Silap itu Biasa
Janji bila tersedar, pohon keampunan dari Allah...

Hidup umpama layang-layang
Hingga Ramai yg melayang
Makin bertambah yg terbuang
Usaha kerajaan dah jd bayang-bayang...

Idea

Jika ditanya mane aku dapat idea mcm budah sekolah
itu semua daripada Allah
Jika tanya mengapa Banyak Salah
Itu sbb mata aku dah ngantuk , kepala dah x boleh Blah..

Apa yang Digenggam?

Jika kau genggam sebuah Illusi,
jawapan mu hanyalah sekadar mimpi,
Dan Jika kau genggam sebuah janji,
jawapan mu dialam realiti...
Jika hanya sekadar Janji,
Janji mu tunggu selepas Mati..

Senjata Mukmin adalah DOA.. itulah Janji Allah, Sabda Rasululah..
(sila Betul kn jika Silap).

Perihal Sebuah Kepercayaan

Bagimu kepercayaan telah menghancurkan mu
Bagiku kejayaan bakal berpihak dihadapan mu
Kerana kini kamu sudah sedar arah tuju mu
Jika kamu masih mencari pedoman, cari lah yang berilmu.

Percaya...

Lukisan sebuah kehidupan bermula dari mata
Jauh kamu melangkah indah lah coraknya
Baik di hati mu indahlah kenangan terbentuk
Pahit sebuah pengalaman bila mula di ketuk

Sesat ditengah Malam lagi gelap gelita
p'tunjuknya adalah cahaya
Penawar kepada derita
Cuma sekadar percaya

Emas?

Hanya Emas tanda Kekayaan.
Hanya Kuasa tanda kau Terbilang.
kalau itu semua tanda kau dipuncak Kejayaan.
Belum tentu Iman kau cukup Gemilang.

Sekadar Illusi

Illusi sebuah mimpi bukan dari hati
Cuma rekaan minda sendiri
Semua impikan hidup kekal abadi
Hingga terlupa untuk berpijak di alam realiti

Bermula Baby, Berakhir Mati
Bermula Mimpi, Berakhir Janji
Bermula Diri, Berakhir Kami (keluarga)
Bermula Hari ini, Berakhir tentuan Illahi...

Lagi2 Pasal Insurans

Looking 4 life insurance or medical card?...
Pilihan terbaik adalah Prudential BSN Takaful...
Hubungi saya 012 732 8322.
Semalam adalah SEJARAH,
Hari ini adalah HAKIKAT,
Esok adalah TAKDIR......
Pilihan Anda hari ini bakal menjadi sejarah
dah Insyallah takdir anda di kemudian hari...