Tuesday, June 26, 2012

Biasalah

Hanya Ingin Berkongsi Rasa
Anda Pandai Lagi Dewasa
Siapalah Saya untuk Berbahasa
Sekadar Renungan Seperti Biasa


Kehendak & Keperluan

Anda Mampu Membayar bil setiap bulan:-
1.Siaran TV berbayar
2.Bil internet
3.Postpaid / Prepaid Bil..
4.Gadget2 electronic terbaru...
5. Makanan2 Ringan seharian..

Dan banyak lagi... Tiada Betul Tiada Salah...

Hanya berkisarkan Keperluan & Kehandek..
Ada kalanya Anda mampu berpuasa untuk semua Diatas..
Sanggup mengepikan bayaran Bil air & elektrik..
Ada diantaranya Sanggup Berhutang untuk merealisasi kan Suatu Kehendak untuk menjadikan Ia Suatu Keperluan.

Disini saya sebagai Agent Insurans.. hanya Mampu menaipkan suatu yang hanya bagi anda sebagai suatu Promosi atau iklan MURAHAN...

Berkat Berjimat

Berkat Sidi Berkat Guru
Berkat Guru Turun keAku
Asal Raya Semua Baru
Berjimat Skrg Penuhkan Saku

Ukur Baju

Indah Rupa Tiada Kekal
Cantik Bahasa Akan Dikenang
Amalan & Takwa Sebagai Bekal
Dunia & Akhirat Pasti Senang

Ramai Tahu Tiada Amal
Kerna Sibuk Kerja Harian
Jangan Selalu Suka Ramal
Biar Badan Padan Pakaian

Isteri

Biar Susah Kini
Jangan Esok Sama
Sayang Akan Bini
Ikut Perintah Agama

Solat Tiang Agama
Nur Pasti Terserlah
Taubat Salah Lama
Nasihat Kerna Allah

Wednesday, June 20, 2012

Hanya Kata

Kata Dua Selalu Diminta
Kata-Kata Dari Jiwa
Kata Kita Jadi Harta
Kata Ikhlas Tiada Kecewa

Cinta Sejati

Indah Kata Bersulam Cinta
Indah Bahasa Bersimpul Sejati
Baik Hati Antara Dipinta
Baik Jiwa Jelas Pekerti

Monday, June 18, 2012

Tiada Apa

Bukan Nama Jadi Ukuran
Tapi Nama Jadi Sandaran
Pangkat Pula Sekadar Gelaran
Elakkan Diri Panas Baran

Ambik Tahu

Rindukan Cinta DiMasa Lalu
Lumrah Hidup Berbunga Kata
Perisai Mukmin Pasti Malu
Doa Pula Sebagai Senjata

Esok

Kini Selangkah DiAlam Nyata
Melangkah Dari Alam Misteri
Melayan Lamunan Mengukir Kata
BerDoa Esok Melihat Mentari

Teliti

Banyak Cerita Setiap Langkah
Pengalaman Lepas Jadi Iktibar
Jangan Kerap Saling Memangkah
Lebih Elok Bertanya Khabar

Sekali Lagi

Bila Ramai Suka Berjudi
Amalan Lepas Tiada Erti
Belum Tahu Sebelum Jadi
Sudah Jelas Ikut Bukti


Bertindak

Air Menakung Bila diTandak
Tiadalah Sama Air Perigi
Inilah Masanya Kita Bertindak
Jgn Menoleh Belakang Lagi

Banyak Kesan Bila Menanda
Hanya Pangkah Beri Kesan
Bila Hanya Kerna Benda
Hakikat Sekarang Jadi Pesan

Teman

Dapat Teman Senang Berbudi
Terjumpa Sudah Teman Sejati
Beruntung Teman Kekal Abadi
Teman Setia Sehidup Semati

Tuesday, June 12, 2012

Ilmu

Sebaik Ilmu Kini; Ilmu Dunia
Sebaik Ilmu Semalam; Ilmu Akhirat
Sebaik Ilmu Dengan Kurnia
Sebaik Ilmu Elak Berkarat

Tersasar

Setiap Detik Kita Tersasar
Lupakah Tujuan Kejadian Asal
Masih Leka Seperti Dipasar
Jangan Masa Terbenam Sesal

Sesaat Sedar Sebelum Terlambat
Syukur Diri Masih Sihat
Jgn Tunggu Hujan Lebat
Tergerak Hati Kiasan Nasihat

Cari Lain

Tiada Apa yg Senang Dilaksana
Malah Sering Buat Kita Terharu
Apa Sebab Hendak Lupa DiSana
Jika Perlu Carilah Yang Baru

Bersama-sama

Sekadar Coretan Umpama Bingkisan
Tiada Selain Sebuah Lukisan
Berkisah Hidup Penuh Alasan
Perpatah Tua Byk Berpesan
Bermata Dicermin Jelas Perasan
Berborak Kosong Hilangkan Bosan
Bertatih Selangkah Meninggalkan Kesan

Adat & Adab

Bila Kasih Terpalik Indah
Lupa Duka Lara Lalu
Bila Cinta Tempelak Mudah
Kenang Segan Jelas Malu

Biar Susah Hilang Rasa
Hingga Lupa Hati Bara
Kata Indah itu Bahasa
Adat Baik Sempurna Cara

Rindu

Antara Cinta Yang suci
Terserlah Pada Budi Pekerti
Bila Mana Tiada Rasa Benci
Rindu Bertukar Cinta Sejati

Kenangan

Dulu Kita Pernah Berkawan
Jauh Berbeza Pada Usia
Asal Diri Jugak Tertawan
Kenang Bahagia Dalam Rahsia

Mlm Ini Penuh Bermakna
Harap Paham Jadi Bicara
Tahniah Diri Hampir Sempurna
Tiada Indah Bahagia Ketara

Hati Gembira Dalam Duka
Tiada Hak Jadi Pusaka
Jangan Melatah Kerna Suka
Sebaik Silam Tercalar Luka

Dulu, Kini Dan Selamanya

Dulu, Kini Dan Selamanya
Itulah Wasiat Org Tua-Tua
Adakah Masa Mengerti AmanahNya
Kerana Allah Sebaik Pilih Ketua

Dulu Pernah Diberi Tugas
Jauh Berbeza Bagai Cerita
Perlu Nekad Jua Tegas
Sebaik Ilmu Pilihan Kita

Diariku

Hasrat Hati Menjadi Pemangku
Pada Puteri Dibawah Bayu
Telah Dia Bertahta Tuanku
Tinggal Hamba Meraih Rayu