Monday, April 30, 2012

LoVe

I Love U More Than Others
But
I Love Others More Than U
And
I Love Myself More Than U and Others
Maybe
U and Others Not Love Me

Paham x?.... Layan Je

Sunday, April 29, 2012

Suria

Alangkah Indahnya Dunia
Bila kita Melangkah Kedepan
Asal Diri Nilai Kurnia
Ingin Tunggu Sampai Kapan?

Friday, April 20, 2012

Bersama Mu

Detik Berlalu Tanpa Rela
Selalu Mengenang Tanpa Resah
Insan Terseksa Tiada Bela
Mungkinkah Ada Yang Kisah

Tuesday, April 17, 2012

Salam Kembali

Selam Jiwa Bertaut Rasa
Termenung Jauh Bagai Semalam
Hanya Usia diMamah Masa
Hati Namun TiadaTenggelam

Cinta Pertama

Indahnya Cinta Bila Terbela
Tiada Nilai Untuk Diganti
Amat Parah Bertemu Semula
Cinta Terpendam Bawa Kemati

Sunday, April 8, 2012

Jangan Selalu

Selalu Bergaduh Nampak Bengis
Selalu Mengalah Sebalik Takut
Selalu Murang Juga Menangis
Selalu Jugak Mudah Tersangkut

Assalamualaikum

Kerap Berfikir Kepala Botak
Suka mengelak Jiwa Kelam
Elakkan Diri mengucap TAK
Mulakan Salam Akhirnya Salam

Allah Maha Besar

Bukan Senang Cari ilham
Lapang Dada Buka Minda
Byk Berbincang Lebih Paham
Sesaat Berfikir Pilihan Anda

Kongsi

Indah Batu Campur Besi
Tiada Sebab Perlu Sangsi
Bukan Senang untuk kasi
Sempurna Hidup Niat Berkongsi

PruWinner BOLEH!!

Modify Pantun Steven 

Senang hidup di Pulau Pinang,
Barang naik sudah jadi bimbang.!
Tak usaha, Hidup x Senang
Bila dah Kaya Baru Kembang

Bukan Senang Mencari Kerang
Keje Dihutan Takut Sang Belang
Kalau tak usaha dari sekarang,
Mana boleh hidup lebih cemerlang.!

Indahnya Hati

Bila kaca Senilai Permata
Pasti Damar sesuci Mutiara
Andai Diri Indah Dimata
Habis Kayu tinggal Bara

Zahir & Batin

Tak Kala Menyemak Usia
Kita Lupa Tarikh Lahir
Tak Kala Diungkap Rahsia
Hanya Jasad Menanggung Zahir

Hakiki

Merantau Jauh Mencari Rezeki
Tiada Dikira Penat & Lelah
Patut Mengerti Perihal Hakiki
Usaha & Doa Tuntutan Allah

Pelbagai Cara Diguna Sudah
Doa Jua DiSetiap Mula
Abaikan Susah Ambiklah Faedah
Belum Rezeki Dapatlah Pahala

Rahsia Kawan

Mekar Sejambak Bunga DiTaman
Entahkan Ada Bunga Selasih
Mencari Kawan Seakrab Teman
Menjaga Teman Selayak Kekasih

Hukum Alam Pasti Mengerti
Terlepas Pandang Terkene Sengat
Sahabat Sejati Menjaga Pekerti
Aib Ditutup Memberi Semangat

Sumbangan

Terlintas Bunga Merlati
Terlupa Perihal Merpati
Mengintai Tirai Hati
Yang Kekal Bakti

Lampi?

Semalam Bagai Mimpi
Hari Ini Sepi
Esok Jelas Lampi
Esok2 Jauh Api

Kehadiran

Hujung Bulan Menghitung Pulus
Ramai Bicarakan Suratan Takdir
Hinggakan kita Lalai Erti Tulus
Bila Agarnya RumahNya kita Hadir

Kurang Asam

Jauh Berjalan Luas Pemandangan
Umur Panjang Banyak Pengalaman
Kalau Hidup Mengikut Pandangan
Kurang Kawan jadi Teman

Jom Belajar

Bina Rumah Bukanlah Senang
Rumah Dibina Cara Berjajar
Asal Diri x pernah Menang
Sebab Tahun Lepas Baru Belajar

Semasa Kini

Isu Semasa Menjadi Cerita
Alasan Duit Jadi Derita
Senang Lidah Mengungkap Kata
Boleh Kah Kaca Jadi Permata?

Ya ke?

Punya Tanah Sekankang Kera
Asal dijual kerna Lara
Nasihat Berusik Janda n Dara
Itu lah Tanda kita bersaudara

Tunggu Hari

Kias Pagi menunggu petang
Bertambah seri dlm pantang
Tiada Salad ganti kentang
Elak diri simpan Hutang

Siapa berani Mengaku Salah
Apa entah lg menangung Kalah
Kurang Beban, kurang Masalah
Ramai Kawan tiada Balah

Politik

Berpaling Tadah sudah Lumrah
Keji Mengeji Tampak Kau Murah
Memuji kiasan berjanji Darah
Terbiasa adab Menjadi Barah

Kini ku Tenang
kau pulak Canang
Bila ku Menang
kau tegakkan Benang

Senyum Manis Meraih Simpati
Dalam Dada Memaksa Hati
Hidup ini Tergantung Mati
Sungguh Tenang Tanpa Bukti

Dah ke Belum

Mohon Maaf Bukannya Mudah
Klau Bergaduh Pasti X Sudah
Semua Benda Kau Main Redah
Hingga Akhirnya Kau yg Rebah

Siapa Kita

Berbicara tentang isu Semasa
kau ulas ikut Rasa
Hanya Kau dah Dewasa
Jgn Lupa Perihal Dosa

Siapa mampu tetap Dosa
Pasti Jelas Qalam yg Esa
Didunia kau tampak Perkasa
DiAkhirat siapa lg Berkuasa

Hukum Alam saling berbalas
Hukum Allah paling Jelas
Hukum Hidup jgn Malas
Hukum Mati tak tergalas

Adat Bergerak perlu berhenti
Adab Jawab asal Hati
Adat Tulen brg Sejati
Adab terjaga tiada Ganti

Anak kita ibarat Kanta
Biar lah Apa org nak kata
Jgn hanya Alim diMata
Jauh hari Syaitan Bertahta

Kita jugak pernah Remaja
Nakal kita yg Tahu Saja
Sama2 kita Menabur Baja
Agar Maruah keluarga x dijaja



9 March

Tiada lah Wajib menyambut hari lahir
Dan x lah Salah silaraturahim sebagai matlamat
Terima Kasih yg telah wish secara zahir
Kalau nak hantar Hadiah nanti sms mintak Alamat