Tuesday, June 28, 2011

Sama Tidak Serupa

Sekali Pandang Sama
Dua kali Pandang Tiada Berbeza
Tiga Kali Pandang Tidak Ketara
Rupanya Hanya Permainan Mata

Bahaya..

Sekali Kau Melarang
Sesaat Aku Melayang
Bermula Main layang-layang
Sekarang Dah Dapat Tgk Wayang

Kendiri

Sejenak Aku Berdiri
Setahun Aku Berlari
Kalau Dulu Kau Sendiri
Kini Masa Kau Berdikari

Kaya

Sedetik Berfikir
Sejam Bergaya
Jika Sekarang Fakir
Esok Mungkin Kaya

Bumper Car

Tebing Dilanggar Kereta Terbalik
Abis Semua Laluan Sesak
Kereta Terbakar Semuanya Lari
SalahKah Arang Muka DiCalik?
SalahKah Nila, Susu Rosak?
Bukankah Salah Diri Sendiri?

Lengkap

Nampak Musuh Hendak DiTangkap
Sedangkan Tiada DiPasang Perangkap
Menyanjung Adab Mengawal Sikap
Jaga Iman Dianggap Lengkap

Cinta

Mencari Sebab untuk BerSama
Tiada Sebab Untuk Sengkata
Berpisah Sekejap Terasa Lama
Itu lah Tanda Powernya Cinta

SauDaRa

Mencari Ubat Bertemu Kera
Bertemu Kera DiTepi Bukit
Jgn Dibuang Anak dan Saudara
Jgn Pulak Dicari Dikala Sakit

Egois

Meninggi Suara
Mendabik Dada
Sebatang Kara
Ego Tiada

Sengsara

Detik Sengsara
Kiasan Sebatang Kara
Menepis Segala Bicara
Menggundang Duka Lara

Sunday, June 26, 2011

Tadah

Aku Kekeringan Idea
Ku Cuba Sedaya Upaya
Mencari Isu2 Semasa
Sesiapa Mau, Boleh berkongsi Rasa..

Bukan langsung Tiada
Cuma x Mau Sama
Semuanya Perlu Masa
Yang Penting Makna

Menjawabnya lebih Mudah
Kerna belum ada Penyudah
Perlu masa untuk Dedah
Sebelum Ia di Bedah

Saturday, June 25, 2011

Suatu Keputusan

Tak kn Tutup kompani kau Tiada
Tak pula Rugi kau kesana
Janji Ingat Kami dimana kau berada
Ilmu yang dicurah amat bermakna

Thursday, June 23, 2011

Cari Pasal

Semuanya Pembakar Semangat Jatidiri...
Bukankah yang Salah Empunya Diri...
Bukanlah Salah Saudara mahupun Saudari,
Sama Duduk Sama Berdiri
Lu Jawab Lah Sendiri (Versi Nabil)

Kurus

Bahana Melawan Arus
Bengkang Bengkok Nampak Lurus
Hidup Pasti Tak Terurus
Dulu Berisi Skrg Jadi Kurus

Mata & Kata-kata

Mata Adalah Senjata
Jgn pandang Semata-mata
Kau Bisa Jadi Buta
Bukan Setakat Harta
Parah Lagi Hilang Tahta
...
Bahaya Lagi Kata - kata
Nak Pulak Bila Berdusta
Bila Kaca diungkap Permata
Rosak segala Cinta

Suka Ria, Duka Lara

Memang Suka Buat Org Bara
Sekadar Alasan Nak Bersara
Jgn nanti pencen org lain Yg Sara
Kau jugak yang Duka Lara

Wednesday, June 22, 2011

Pilihan

Menepis Tanpa Menoleh
Semua Perkara Suka Berdalih
Itu Bukan Tanpa Org Yang Soleh
Itu semua anda yang Pilih

Sia - Sia

Kalau Diri Masih Muda
Jgn Org Tua DiperKuda
Kalau Diri dah BerUsia
Pasti Kau Tau erti Sia-Sia

Bukan Sekadar Surat

Hanya Kerana Diri Masih Sihat
Ada Hati Nak Mengurat
Ramai Terlupa Menulis Wasiat
Walau sekadar Sepucuk Surat

Tuesday, June 21, 2011

SegalaNya

Ingat Segala KeranaNya
Jgn Sekali MelampauiNya
Ingat Segala DiketahuaiNya
Jgn Lupa JanjiTemu DgnNya

Syaitan Bukan MusuhNya
Ia Juga Makhluk CiptaanNya
Klau kita Pilih Jauh DariNya
Apakah Kita Sedia BalasanNya

Monday, June 20, 2011

Makan Suap

Aku cuba Setia
Namun ada pulak cuma bergaya
Kami sentiasa siap sedia
Kau Sorok2, tunjuk Kaya

Engkau Hampir Bersara
Perlukah kami Gembira
Rakyat pulak Sengsara
Jangan Sampai Keluargamu juga Bara

Berhemah

Muka didongak bila bersuara 
Menunduk bila bersalah 
Berhemah bila berbicara 
Mengundur bukan Tanda Kalah....

Pulau

Sekali kau melenting
Seabad kau dipulau
Sekali kau kata x penting
Sendiri kau terpulau

Malu

Selangkah Kau berlalu
Seribu yang Mendatang
Sezarah Sifat Malu
Selamat segala Pantang

Banci

Berbicara Pasal Cinta
Kau lupa Makna Duka
Berbicara Pasal Derita
Kau kenang hanya Luka

...Berbicara Soal Hati
Berlalu pergi Soal Benci
Berbicara Soal Mati
Bekalan x pulak di banci

Ada Berani?

Bila Menunding tepat ke Muka
Hanya kerana terpias Duka
Bila Berpaling Lupa Sengsara
Mencari Isu untuk Bicara

...Hanya terdengar Guruh disangka Hujan akan Lebat
Hanya selisih pendapat semua ingin berdebat
PastiKah semua bukti tepat
Pesan org Tua; Berani biarlah bertempat...

Salah Siapa

Kita selalu meneka siapa bicara
Akikatnya lupa siapa punya angkara
Kita tepis pelbagai cara
Penyelesaian kene bergaya

Mana Pilihan Mu

Jika kau pilih kejayaan
kau akan hampir kekecewaan
Jika kau pilih kekecewaan
kau akan hampir kejayaan

Summary Insurance

Sape2 nak saya buat summary untuk Polisi Insurans lama or dah beli...
Just angkat tangan (10thn lg dpt result)
Tp, klau call sekarang dan set appointment.
Insyallah anda x kan kecewa lepas 10thn lagi..

Kongsi Cerita

Tidak Salah berkongsi cerita
Perlu kene pada Masa
Tidak Wajar memendam Rasa
Diri sendiri juga akan derita

Rezeki (Di Dunia / Akhirat)

REZEKI setiap org Isyallah Berbeza
Bergantung pada Cara dan Usaha
Tawakal suatu pilihan org Berjaya
Cuma perlu Niat sebagai Kekuda
Bukan sekadar berjaya di Dunia
Akhirat adalah penentu segala

Bakal Pengantin

Bertahun Doa mu di atas sejadah
Alhamdulillah hampir termakbul sudah
Kini membilang hari mengharapkan agar di permudah
Insyallah kami doakan bahagia sampai kesudah...

Berseri2 pengantin lelaki
Siang malam mencuci daki
Bukan susah nak jadi suami
Cuma kene pandai jaga hati Isteri

BERSAMA sebelum & selepas kahwin mmg BERBEZA
SEHATI sebelum & selepas kahwin mmg susah untuk MENGERTI
MERAJUK sebelum & selepas kahwin mmg berlainan untuk PUJUK